KEBELAKANGAN ini banyak diperkatakan mengenai moral dan perilaku remaja, tidak kira lelaki atau perempuan. Cara interaksi remaja sekarang sungguh berbeza jika dibandingkan dengan remaja dulu.
Ada kalanya perubahan dikatakan baik dan menjadi tanda kemajuan dan pembangunan. Ada juga perubahan yang melanda remaja dewasa ini sungguh menakutkan.
Semua ini ada hubung kait dengan perkembangan psikologi remaja. Mereka dihujani pelbagai rangsangan hingga kadangkala tertipu dengan maklumat diterima.
Oleh itu, kali ini akan dibicarakan serba sedikit perkembangan psikologi remaja dan bagaimana kita boleh memberi bantuan sewajarnya jika perlu.
Remaja dikatakan ada di persimpangan jalan, iaitu mereka boleh memilih sama ada untuk terus ada di landasan sempurna atau sebaliknya. Remaja yang membuat pilihan bijak akan terus mengecapi kejayaan, manakala yang tersilap langkah akan berdepan pelbagai masalah.
Maksud di persimpangan jalan di sini adalah situasi di mana remaja ada di ambang alam dewasa dan dia perlu membuat pilihan yang akan menentukan masa depannya.
Lazimnya ramai remaja sudah ada secara samar-samar apa yang dicita-citanya dan cita-cita ini akan mendorong hala tuju masa depan mereka. Proses membuat pilihan ini berkait rapat dengan sedalam mana ilmu pengetahuan remaja, kemahiran yang ada padanya dan bagaimana pula pengalamannya yang lalu.
Tidak ketinggalan juga pengaruh ibu bapa, guru dan rakan yang sedikit sebanyak mempengaruhi pilihan yang akan dibuat. Walau apa pun pilihan dibuat, ia perlu mengambil kira keupayaan remaja itu.
Namun, jika azam sudah ada dan remaja berkenaan sanggup berusaha sedaya upaya, selalunya dia berjaya mendapat segala impian dan harapannya.
Sebaliknya, jika seorang remaja masih kabur mengenai kerjayanya pada masa akan datang, dia tidak dapat merancang dengan sempurna masa depannya dan mungkin terumbang-ambing serta berasa tidak menentu untuk membuat pilihan terbaik baginya.
Bantuan spontan
Di sinilah letaknya fungsi ibu bapa, guru dan saudara mara untuk memberi nasihat dan bimbingan sewajarnya. Semua yang terbabit mendidik remaja berkenaan tidak perlu menunggunya meminta pandangan mengenai kemusykilan membuat pilihan dihadapi.
Bantuan harus dibuat secara spontan dan proaktif apabila nampak tanda dia (remaja) menghadapi masalah dalam membuat pilihan untuk masa depannya.
Perkara membuat pilihan yang akan menentukan masa depan seseorang remaja berhubungkait dengan aspek pengawalan diri.
Remaja yang ada ciri-ciri pengawalan diri yang baik mampu terus maju dan mencapai kejayaan dalam apa jua pilihan pengajian dan kerjaya mereka.
Sebaliknya, remaja yang lemah dalam aspek pengawalan diri mungkin membuat pilihan kurang bijak dan jika mereka tidak berhati-hati ia boleh membawa kepada permasalahan pada masa depan.
Antara permasalahan sosial remaja termasuk salah laku di sekolah, kehamilan, pengguguran anak, pelacuran, penyalahgunaan dadah, lumba haram, keganasan seksual dan kecelaruan jantina.
Pengawalan diri yang baik atau keazaman bersesuaian akan memberi peluang kepada remaja merealisasikan potensi dan bakat mereka. Mereka tahu mengawal nafsu, memahami kebajikan orang lain, ada cita-cita realistik dan sayang diri sendiri. Oleh itu, remaja seperti ini dikatakan bebas membuat pilihan.
Namun jika seorang remaja tidak kisah dengan sikap pengawalan dirinya, berasa boleh buat sesuka hati tanpa menghiraukan hak orang lain, satu hari nanti dia mungkin terjebak dengan masalah dan jika dia terbabit dengan jenayah, dia akan didakwa.
Apabila berlaku hal demikian, remaja itu akan hilang keistimewaan untuk mengawal dirinya. Apa berlaku, orang lain pula akan mengawalnya.
Seperti kata pepatah ‘hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih’, begitu juga keadaan seseorang remaja. Soalnya, sanggupkah dia berkorban untuk mencapai kejayaan dan kesenangan masa depan.
Pengorbanan di sini bermaksud dia sanggup bersabar menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran ketika meredah laluan yang akan membawanya ke matlamat diidamkan.
Setiap remaja di peringkat sekolah menengah ada azam untuk mendalami ilmu pengetahuan. Ia berhubungkait dengan sejauh manakah seseorang remaja itu rajin membaca.
Kata ilmuwan, riadah menguatkan otot di badan, manakala membaca menguatkan minda seseorang. Tabiat membaca di kalangan remaja adalah penting dan perlu diberi perhatian sewajarnya.
Ramai remaja masih menunjukkan tahap membaca yang rendah. Mungkin dengan bertambahnya kemudahan perpustakaan di sekolah atau rumah, pembabitan remaja dalam aktiviti membaca akan meningkat. Bukan saja boleh menimba ilmu, bahkan mereka berupaya melupakan budaya tidak berfaedah seperti lepak dan mengisi masa terluang dengan membaca.
Kajian yang pernah dibuat di sini mengenai kekerapan remaja membaca buku, majalah dan surat khabar, menunjukkan kadarnya rendah. Remaja terbabit mengemukakan beberapa cadangan seperti guru perlu menunjukkan sikap lebih proaktif dan memberi tunjuk ajar mengenai subjek yang bersesuaian untuk mereka baca.
Ada sekumpulan pelajar mengakui membaca dapat meningkatkan lagi kreativiti seseorang dan tidak kurang juga remaja mahu ibu bapa menunjukkan teladan baik dengan membaca bersama-sama. Ada yang mencadangkan supaya lebih ramai remaja menghadiri seminar yang mampu meningkatkan kualiti membaca.
Apa yang dibicarakan adalah berkaitan dengan ciri kawalan diri. Sepatutnya seorang remaja ada ciri-ciri pengawalan diri yang baik supaya dapat maju ke depan dan mencapai hajat atau hasratnya.
Kelemahan mengawal diri akan menghasilkan pelbagai permasalahan dan mungkin membawa padah kepada remaja berkenaan. Pengawalan diri berkait rapat dengan ilmu pengetahuan dan proses pembelajaran.
Proses pembelajaran menjadi lebih teguh dan bersepadu dengan adanya peningkatan tabiat membaca. Oleh itu diharapkan ramai remaja sedar pentingnya memperoleh ilmu pengetahuan demi untuk masa depan bangsa, negara dan agama.

Tidak ada komentar:
Posting Komentar